Umie bawa pergi kolam...
13 March 2013 • 12:52 • 0 comments
Haziq happy sangat main kolam...main sampai puas...umienya bawa pergi main kolam..sabar abahnya menemaninya main air...


Amalan Ibu Mengandung
27 February 2013 • 09:28 • 0 comments
Kita kongsi bersama artikel dalam laman ini http://pama.karangkraf.com
Semoga semua mendapat pengetahuan untuk menjalani kehidupan seharian.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.
Ceria Raya 2012
20 February 2013 • 17:06 • 0 comments

Hari Raya 2012 kami dengan tema pink

Hari yang penuh makna pada semua

Bermaaf-maafan dan memohon keampunanNYA

Hari untuk berjumpa sanak saudara

Bercerita, bertanya khabar dan bersenda tawa

Semoga raya mendatang membawa bahagia untuk kita semua

AMIN
MUTIARA KATA UNTUK MU
• 14:04 • 0 comments
MUTIARA KATA UNTUK MU

Semangat yang tinggi dalam kehidupan dapat diraih dengan memandang ke depan. Dunia ini begitu menyenangkan, dipenuhi dengan kesempatan. Saat-saat penting menunggu di setiap sudutnya.

Kehidupanmu tidak banyak ditentukan oleh apa yang diberikan hidup ini kepadamu, tetapi ianya ditentukan oleh sikap yang dibawa dalam menjalani kehidupan ini; tidak banyak hal ditentukan oleh apa yang terjadi padamu tetapi lebih ditentukan oleh bagaimana caramu memandang apa yang terjadi.

Mimpi-mimpi dapat diperbaharui. Tak peduli berapa usia dan bagaimana keadaan kita, masih ada kemungkinan yang belum tersentuh dalam diri kita dan keindahan yang baru masih menunggu untuk dilahirkan.

Jadilah seseorang yang percaya bahawa selalu ada kemungkinan dalam segala hal. Tidak peduli betapa gelapnya hal-hal yang terjadi di sekelilingmu, angkat wajahmu dan lihatlah kemungkinan yang ada-carilah selalu, kerana kemungkinan itu selalu ada!

Kebahagiaan pada hakikatnya adalah suatu keadaan di mana kita menuju ke suatu arah dengan sepenuh hati, dengan ketetapan hati jitu ke satu tujuan, tanpa penyesalan dan ragu-ragu.
Bacalah Al-Qur’an
• 14:03 • 0 comments
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:

Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”

Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? …Jom Kita sama-sama mendidik hati kita dan anak-anak kita agar terbiasa dengan Al-Quran..

Makan Al-Quran...
Minum Al-Quran...
Tidur Al-Quran...


Hanya padaMU aku memohon...
• 14:00 • 0 comments
Allah mendengar dan mengetahui permintaan hati kita tapi DIA ingin kita memohon padaNYA..

Ya Allah...Kau peliharalah anak dalam kandunganku ini dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan sebaik penawarMU...sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk.

Ya Allah , semoga aku dapat melahirkan ia dengan selamat.

Ya Allah, jadikan Wan Ameer Haziq dan anak yang bakal lahir ini sihat sempurna,  cerdik,berakal, berilmu dan beramal soleh.

Ya Allah, jadikan juga Wan Ameer Haziq dan anak yang bakal lahir ini berakhlak mulia, fasih lidahnya, perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW...AMIN

Catatan Datuk Dr Maznah..untuk renungan..
• 13:52 • 0 comments
SABAR itu INDAH...
DENGAN KESABARAN KU...TANPA KESABARAN KU

Sabar bererti menahan diri, cekal memikul beban, tetap dan kuat menderita kepayahan tanpa keluh kesah dan gelisah. Gopoh atau keresahan adalah contoh orang tidak sabar. Ia adalah sejenis penyakit. Ia berpunca daripada emosi takut atau bimbang atau gelisah.

DENGAN sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

DENGAN sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

DENGAN sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

DENGAN sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

DENGAN sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

TANPA sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

TANPA sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

TANPA sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

TANPA sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

TANPA sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Hanya orang yang sabar, akan mampu memimpin dirinya kepada kejayaan dan kecemerlangan hidup. Asalkan kita bersabar, kepahitan berjuang di permulaan akan berakhir dengan kemenangan yang sangat manis. Percayalah, orang yang tidak sabar adalah orang lemah yang berjiwa kecil.

OLD
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p
[Change with your own words]

Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!