Cikgu Azlina...
25 April 2011 • 00:59 • 1 comments



Perkara-perkara yang aku impikan sejak jadi cikgu ni…
1. Jadikan Makmal Komputer sekolah aku yang terbaik
Aku ni Penyelaras ICT di sekolah. So, aku kena la jaga makmal computer dengan baik. Bukan saja jaga tapi laksanakan semua tugas Penyelaras tanpa Juruteknik. I try do my best la. Aku buat yang mana termampu. Dengan masa waktu mengajar 23 waktu dan menjadi guru kelas 1 Amanah. Itu lah tugas cikgu. Biasa la, sape suruh jadi cikgu. Aku tahu, ni je kerjaya yang sesuai untuk aku. Harap aku dapat buat dengan baik tugas ni. Yeahhh, aku pasti boleh!

2. Jadi cikgu Matematik yang dapat mengubah tanggapan pelajar tentang Math
Ramai pelajar anggap Math tu susah. Mana susahnya..sebab penyakit MALAS selalu ada dalam diri ..tu yang menyebabkan anda malas berfikir dan anggap Math tu susah. Cikgu paling suka Math wahai anak-anak didik ku!

3. Jadi guru yang disukai pelajar
Ni perkara yang paling payah kot nak buat. Kalau marah bukan tandanya benci. Marah tandanya sayang itu yang pelajar kena tahu. Bila dah marah, mana dia dah suka cikgu tu. Bila bekerja dengan manusia ni macam ni la. Anyway aku suka! Walau apa pun anak-anak didikku cikgu harap kamu mengerti bahawa walau kamu tak suka cikgu ,cikgu tetap akan mendidik kamu sampai berjaya.

4. Jadi guru yang menjadi rujukan pelajar
Kenapa ramai pelajar tak suka jumpa cikgu. Cikgu harap semua pelajar yang cikgu ajar datang la jumpa cikgu untuk bertanya soalan Math atau tanya apa saja yang kamu musykil. Datang la jumpa cikgu ya.

5. Jadi sumber inspirasi pelajar
Kalau pun pelajar tak kata “ Kau lah sumber inspirasi ku” buat aku, tak kisah la. Tapi aku berimpian dan berharap agar aku pun dapat jadi sumber inspirasi mereka walau dari jauh. Mungkin kerana aku pun pernah menjadikan guru aku dulu sebagai inspirasi hidup aku dan kerana dia juga aku Berjaya. Terima kasih cikgu!

6. Jadi guru yang sempurna di mata pelajar
Bukan semua dari kita sempurna tapi kita cuba la. Kalau tak sempurna pun, cukup lah dapat membahagiakan dan menceriakan orang-orang di sekeliling mereka. Harap cikgu ni sempurna di mata kamu!

7. Jadi guru yang kemas, bergaya dan selalu bersemangat masuk kelas
Aku cuba untuk kemas, bergaya dan selalu bersemangat ke kelas. Dalam hati selalu je memperbetulkan niat untuk mengajar dengan cara yang terbaik dan memberi kekuatan kepada pelajar. Kekuatan itu datang dari penampilan diri yang kemas dan bergaya.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p
[Change with your own words]

Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!