Pemergian papa buat selamanya...
19 July 2011 • 10:53 • 0 comments
Tanggal 18 Julai 2010 ,tepat jam 12.55 pagi papa, Wan Abdul Rahim b. Mohd Zain telah pergi meninggalkan kami semua. Pemergiannya kami redhai dan terimanya sebagai ketentuan ILAHI. Papa yang aku kenal, merangkap bapa mertua aku seorang yang baik dan "caring" terhadap ahli keluarganya.

Pemergianya memberi kesan mendalam kepada semua. Menahan sebak yang bertamu dihati menyebabkan air mata ini mengalir deras. Untuk suamiku, semoga abang tabah melaluinya dan percaya dengan janjiNYA. Semua akan melalui saat ini. Tidak seorang pun yang akan terlepas melaluinya.

Pemergiannya menjadi titik permulaan buat kita semua melalui kehidupan dengan penuh sabar kerana dia disana ingin melihat kita gembira. Mungkin dia akan sedih melihat kita tidak bersemangat untuk meneruskan hidup. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Untuk suami ku , air mata mu membuat aku terharu, kata mu " papa selalu mengajar untuk mengawal keadaan dan tidak tertekan dengan situasi ". Sebagai anak sulong, abang hendaklah bersikap cekal dan tabah. Jika abang menangis dan meraung macam mana pula dengan adik-adik lain. Kesedihan abang tidak tertanggung dengan pemergian papa. Yakinlah semua ini takdir dariNYA. Aku redha kerana aku tahu ini perjalanan yang telah tertulis untuk aku dan keluarga. Tidak redha umpama tidak percaya dengan apa yang telah tercatat pada tanganNYA.

Pemergiannya mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya, wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Wang tidak boleh menukar kasih sayang yang wujud dalam diri manusia. Kita hanya ada satu ibu dan satu bapa dalam dunia ini. Mungkin benda lain boleh dibeli dan ditukar namun mereka berdua tiada galang gantinya. Jadi, hargailah ia semasa adanya ia dalam hidup kita. Semoga catatan ini memberi pengajaran buat semua. Yakinlah setiap janjiNYA dan redhalah dengan pemergiannya.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p
[Change with your own words]

Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!