Membina Harga Diri Kanak-kanak
1 February 2012 • 08:54 • 0 comments


Binalah harga diri kanak-kanak agar mereka punya emosi yang seimbang.

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.


Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :
Mudah berkawan.
Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
Boleh mengawal perlakuan.
Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?

Mereka :
Tidak ceria.
Kurang keyakinan diri.
Perasaan tidak berguna.
Sentiasa berasa letih dan penat.
Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
Rasa rendah diri.
Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
Kasih sayang.
Keselamatan.
Panduan.
Penghargaan.
Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?

Anda harus :
Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
Berikan kasih sayang yang ikhlas.
Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.'

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.
Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain.
Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya.
Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p
[Change with your own words]

Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!